Sunday, November 10, 2013

Sambutan Maal Hijrah 2013

07 November 2013, SKPL telah mengadakan sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah sempena sambutan tahun baru bagi kalender Islam. Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan beberapa pertandingan seperti pertandingan mewarna bagi murid ppki, tahun1-3 dan melukis poster bertemakan Maal Hijrah bagi murid tahun 4-6. Penceramah jemputan iaitu Us.Fadhil Hadi daripada SK Alor Keladi telah memberi ceramah bagi mengisi slot Sambutan Maal Hijrah pada kali ini. Syukur, majlis tersebut berjalan dengan lancar, Tahniah dan Terima Kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment