Tinta Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam pertama dari saya.

Syukur ke hadhrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih berupaya untuk bekerja dan bersemangat untuk mendidik. Kita seharusnya syukur kerana dipilih untuk untuk menjadi seorang cikgu. Satu profesion yang sememangnya  dianugerahkan terus dengan panggilan keramat "CIKGU". Setiap hari kita akan dipanggil “cikgu”, oleh murid-murid, ibu bapa, rakan-rakan serta mereka yang berada di sekitar kita. 

Begitulah, dengan kemuliaan sebagai pendidik, seharusnya kita mempunyai jiwa yang besar. Dengan tugas berat yang banyak kena kita tanggung, sayugialah kita terus terusan melaksanakannya dengan penuh redha, tekun, cekal dan tekal.

Bayangkan, berapa orang doktor, jurutera, angkawasan, usahawan, saintis, tok imam, tok kadhi dan sebagainya yang akan kita lahirkan sepanjang kita berprofesion sebagai cikgu. Kalau betul sentuhan kita, moleklah jadinya. Kalau silap ajaran kita, rumitlah akhirnya.

Selami diri dan jadilah guru yang sentiasa lebih baik pada hari-hari seterusnya.

Cikgu-cikgu SK Padang Luas;
thank you for being my friends.
“Teaching is the profession that teaches all the other professions”.

No comments:

Post a Comment