Sejarah Sekolah



Sekolah Kebangsaan Padang Luas telah di buka pada 19/05/1956. Pada masa itu ianya dikenali sebagai Sekolah Umum Padang Luas. Ianya memiliki satu blok bangunan setingkat yang mengandungi empat bilik darjah.Terletak di Kampung Padang Luas, Besut, Terengganu dimana jaraknya 4 km dari bandar Jerteh. Pada masa sekolah ini mula dibuka, jumlah muridnya ialah seramai 103 orang dan 4 orang guru. Mengandungi enam aliran darjah iaitu darjah satu hingga darjah enam. Guru Besar pada ketika itu ialah Encik Muhamad bin Yusof.


Penukaran nama Sekolah Umum Padang Luas kepada Sekolah Kebangsaan Padang Luas telah dilakukan secara rasminya pada 31.03.1972.
Semenjak ditubuhkan sehingga kini, sekolah ini telah ditadbirkan oleh sepuluh orang guru besar. Mereka yang pernah menjawat jawatan guru besar adalah sepertimana berikut:
• 1956 – 1961 En.Muhamad bin Yusof (SITC)
• 1961 – 1962 En.Nasir bin Hj.Abas (TUOS)
• 1963 – 1967 En.Jusof bin Ahmad (TUOS)
• 1967 – 1982 En.Abdul Majid bin Ahmad (DTC/FMC)
• 1982 – 1990 En.Mat Shamsuddin bin Othman (DTC)
• 1990 – 1992 En.Muda bin Mat Zin (DTC)
• 1993 – 1994 En.Ismail bin Ibrahim (DTC)
• 1994 – 2001 En.Zainal Abidin bin Ahmad (MPTI)
• 2001 – 2004 YM.Engku Naimah bt. Engku Taib (BA.Hons)
• 2004 - Sekarang En.Mohd Zaik bin Hussin (BA.Hons, Dip.Sc & Pend. UTM)

Bagi menampung bilangan murid yang sentiasa meningkat saban tahun, Jabatan Pelajaran Terengganu telah membina bangunan-bangunan baru. Berikut adalah tentatif pembinaan bangunan tambahan di Sekolah kebangsaan Padang Luas:

1956 : Sebuah bangunan 4 bilik darjah berdinding kayu telah dibina.
1971 : Satu blok bangunan kekal 2 tingkat mengandungi 4 bilik darjah, 1 bilik guru, 1 bilik guru besar dan 1 bilik stor.
1980 : Sebuah bangunan sementara mengandungi 3 bilik darjah dibina.
1985 : Dua blok bangunan separuh kekal mengandungi 6 bilik darjah.
1989 : Bangunan kekal 2 tingkat mengandungi 4 bilik darjah, 1bilik BBM, perpustakaan dan 1 bilik tayangan dibina di bawah Projek Bank Dunia.
2001 : Dua blok bangunan kekal (2 tingkat dan 3 tingkat)
2003 : Pembinaan surau sekolah dan bangunan kelas prasekolah.
2004 : Pembinaan Makmal Komputer (2 Tingkat).

Pada 1hb Jun 2004 seramai 400 orang murid (Tahun 1 hingga Tahun 5) sekolah ini telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Pelagat yang baru di buka. Semenjak pada itu, sekolah ini mempunyai keramaian pelajar lebih kurang 650 orang sahaja. Mulai 1 Januari 2005, sekolah ini telah dijadikan sebagai sekolah PTJ sendiri.

No comments:

Post a Comment