Wednesday, August 28, 2013

Program Rehat Minda

27 Ogos 2013, murid-murid Tahun 6 SKPL seramai 112 orang dan guru Tahun 6 seramai 15 orang telah mengadakan aktiviti Program Rehat Minda. Mereka telah berkonvoi dengan menaiki basikal beramai-ramai ke Sungai Pelagat. Mereka telah di iringi oleh Polis Diraja Malaysia, Pasukan RELA dan Anggota Jabatan Pertahanan Awam. 

Mereka bertolak pada jam 12 tengahari dan pulang ke sekolah pada jam 3 petang. Aktiviti ini di adakan bertujuan untuk merehatkan minda pelajar seketika daripada kesibukan belajar. Rombongan ini di ketuai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn.Wan Surina bt Wan Ahmad manakala Kem Komandanya ialah Encik Zamri B Mahmud. Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk merehatkan minda pelajar.

No comments:

Post a Comment