Tuesday, July 20, 2010

Pra Perkhemahan Unit Beruniform

Pada 19 Julai 2010, SK Padang Luas telah mengadakan Pra Perkhemahan Unit Beruniform. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan 5 seramai 178 orang. Jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen guru-guru serta kakitangan yang telah menjayakan Pra Perkhemahan Unit Beruniform 2010.

Tahniah juga kepada guru-guru praktikal Institut Perguruan Sultan Mizan yang merupakan pengendali utama program ini bagi memenuhi syarat pengijazahan mereka.

Monday, July 19, 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Jati Diri


Pada 15 hingga 17 Julai 2010, SK Padang Luas telah mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan Jati Diri Unit, Kelab, dan Persatuan SKPL 2010. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tahun 5 seramai 60 orang. Program ini telah diadakan dengan jayanya di Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak, Jabatan Perhilitan Terengganu.

Program ini adalah merupakan program ko-kurikulum gabungan dua cabang kegiatan ko-kurikulum iaitu unit beruniform dan kelab/persatuan. Program ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan pelajar yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Penyerahan E-Book Dun Jerteh



13 Julai 2010 - Majlis Penyerahan e-Book Dun Jerteh telah diadakan di Dewan MDB Gong Kemuntung melibatkan 703 orang pelajar tahun 5 dari 11 buah sekolah iaitu SK Alor Lintah, SK Tok Raja, SK Pusat Jerteh, SK Bukit Kenak, Sk Tanah Merah, SK Padang Landak, SK Tok Motong, SK Seberang Jerteh, SK Pelagat, SJKC Chung Hwa dan SK Padang Luas.




Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh ADUN Jerteh. Beliau yang sangat komited dalam isu pendidikan berharap agar pendidikan negeri Terengganu khasnya daerah Besut akan terus unggul dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Beliau juga berharap agar e-book yang dibekalkan oleh kerajaan negeri ini akan digunakan dengan sebaik mungkin oleh para pelajar.Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut dan wakil Pegawai Daerah Besut.

Sunday, July 4, 2010

Syabas & Tahniah..!!

Syabas dan tahniah kepada pelajar Wan Mohd Saiful Nizam B Wan Mohd yang telah mengharumkan nama sekolah dalam menyertai kejohanan Sofbol 2010 yang telah menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Kategori Cup bawah 12 Tahun Lelaki.













Syabas dan tahniah juga kepada pelajar Akmal Hanif B Ahmad Sabri yang telah mengharumkan nama sekolah dalam menyertai Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan wakil Besut (St.John) Pada 20 hingga 25 Jun 2010 bertempat di Kem Bina Semangat Ampang Pecah,Kuala Kubu,Selangor.