Monday, July 19, 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Jati Diri


Pada 15 hingga 17 Julai 2010, SK Padang Luas telah mengadakan Kem Motivasi Kepimpinan Jati Diri Unit, Kelab, dan Persatuan SKPL 2010. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar Tahun 5 seramai 60 orang. Program ini telah diadakan dengan jayanya di Pusat Pendidikan Biodiversiti Bukit Marak, Jabatan Perhilitan Terengganu.

Program ini adalah merupakan program ko-kurikulum gabungan dua cabang kegiatan ko-kurikulum iaitu unit beruniform dan kelab/persatuan. Program ini adalah bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan pelajar yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Pelaksanaan program seumpama ini adalah juga merupakan salah satu kaedah untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang cemerlang dan jati diri yang tinggi dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang sedemikian, seseorang haruslah berkeupayaan dan berkemampuan bertindak secara rasional serta bijaksana dalam menghadapi apa jua situasi. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.


No comments:

Post a Comment