Sunday, October 10, 2010

Lawatan Sambil Belajar PPKI

Pada 28 September 2010, SKPL telah mengadakan tentatif lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur bagi Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Lawatan tersebut disertai seramai 20 orang murid, 18 orang Ibubapa/Waris dan 6 orang Guru/PPM. Antara tempat yang dikunjungi ialah Bandar Hilir Melaka, Zoo Melaka, Menara KLCC, Planetarium Negara, dan Midvalley. Lawatan kali ini menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu di Tanah Merah, Kelantan untuk perjalanan pergi dan balik ke Melaka dan Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada semua guru, pelajar serta ibubapa yang terlibat bagi menjayakan lawatan kali ini.   



2 comments:

Anonymous said...

terima kasih kepada semua warga sk padang Luas berkunjung ke Melaka menaiki keretapi. untuk makluman tuan-tuan stesen keretapi Tampin itu merupakan stesen keretapi yang telah berada dikawasan Negeri Melaka. kawasan stesen itu ialah Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah.Ramai yang menganggap stesen Tampin itu dalam Negeri sembilan. Makluman ini hanya untuk pengetahuan sahaja. Bandar Tampin itu sendiri terbahagi 2, satu kawasan Negeri sembilan dan sebahagian lagi kawasan Melaka. Perhentian bas Tampin dan Pusat Serenti Tampin berada di kawasan Melaka. Harap maklum. Terima kasih.

Anonymous said...

satu lagi Info... landasan keretapi memmasuki negeri Melaka sejauh 32 kilometer di bahagian utara Negeri Melaka. Dua buah stesen KTM yang terdapat dalam kawasan Melaka ialah Batang Melaka(dalam daerah Jasin) dan Tampin/Pulau Sebang.(Dalam daerah Alor Gajah)

Post a Comment