Tuesday, August 10, 2010

Kem Bestari Solat

18 Ogos 2010, Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara intensif di surau SKPL.



OBJEKTIF
1. Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna.
2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.
3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar.
4. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.

No comments:

Post a Comment