Thursday, February 28, 2013

Program Merentas Desa SKPL 2013

28 Februari 2013, Satu program merentas desa telah diadakan di SKPL, program tersebut telah menjadi program tahunan di SKPL. Semua murid SKPL terlibat dalam menjayakan program tersebut, program tersebut di lepaskan oleh Guru Besar SKPL iaitu En.Mohd Zaik Bin Hussin. Tahniah kepada murid yang berjaya.

Monday, February 25, 2013

Mesyuarat Agung PIBG SKPL Kali Ke-36

24 Februari 2013, SKPL telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh selaku Adun Jerteh juga merangkap Pengerusi MARA Malaysia. Turut hadir bersama Tn.Hj Che Johan B.Che Mat, selaku YDP PIBG SK Padang Luas dan Tn Hj. Suhaimi Bin Abdullah wakil dari PPD Besut.

Sunday, February 17, 2013

Besut Clean Up Day 2013

15 Februari 2013, SKPL telah menjayakan Program Gotong Royong Perdana 'Besut Clean Up Day' 2013 Peringkat Daerah Besut 2013. Program ini melibatkan semua warga SKPL, matlamat utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim warga SKPL dan memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih dan selamat. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, February 7, 2013

Maulidur Rasul Disambut Meriah

06 Februari 2013, SK Padang Luas telah mengadakan tradisi sambutan Maulidur Rasul, program ini  bagi memperingati hari keputeraan Rasulullah SAW dan sebahagian cara kita untuk menzahirkan rasa kecintaan kita terhadap baginda. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Tn.Hj Che Johan B.Che Mat selaku YDP PIBG SK Padang Luas. Pelbagai acara yang diadakan termasuk perarakan oleh guru-guru, murid-murid serta staf SKPL.

Monday, February 4, 2013

Program Perjumpaan & Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 2013

3 Februari 2013, SKPL telah mengadakan Program Perjumpaan & Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 2013. Program tersebut disampaikan oleh En. Shamsi Bin Hj Shamsuddin. Program tersebut diadakan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR, SKPL berharap dapat melahirkan sekurang-kurangnya 32 Orang atau lebih murid yang memperoleh kualiti 5A dalam UPSR Tahun 2013. Objektif program tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama erat antara  ibubapa dan guru demi kejayaan anak-anak dan membantu murid agar lebih berusaha dan bertawakal kearah kecemerlangan.