Thursday, June 28, 2012

Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKPL Ke-23

26-29 Jun 2012, SK Padang Luas sedang mengadakan Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKPL Ke-23, pelbagai acara telah di pertandingkan seperti Acara Balapan, Acara Padang dan Sukaneka. Pada hari ini, semua acara peringkat akhir akan dipertandingkan, selamat berjaya kepada semua peserta.

Monday, June 18, 2012

Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 & Temu Murni 2012

18 Jun 2012, SKPL telah mengadakan Program Motivasi Keibubapaan Murid Tahun 6 dan Temu Murni 2012. Program Ceramah Motivasi disampaikan oleh Tuan Haji Abd. Wahab Bin Mohd Arshad, Pengetua SM. Imtiaz Besut. Program tersebut diadakan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR, SKPL berharap dapat melahirkan sekurang-kurangnya 32 Orang atau lebih murid yang memperoleh kualiti 5A dalam UPSR Tahun 2012. Objektif program tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama erat antara  ibubapa dan guru demi kejayaan anak-anak dan membantu murid agar lebih berusaha dan bertawakal kearah kecemerlangan.