Thursday, January 26, 2012

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas

15 Januari 2012, Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SKPL 2012 telah diadakan di Dewan SKPL. Majlis tersebut telah disempurnakan wakil dari Balai Polis Jerteh, Besut iaitu Koperal  Mohd Kamarul. Seramai 89 orang murid iaitu terdiri daripada 44 orang Pengawas Sekolah dan 45 orang Pengawas Perpustakaan telah menerima perlantikan tersebut.

Wednesday, January 4, 2012

Bermula Sesi Persekolahan

03 Januari 2012, Sesi persekolahan 2012 telah bermula dengan jayanya. Pelbagai ragam dan gelagat murid pada hari pertama sekolah terutama murid prasekolah dan tahun 1 tetapi pengalaman guru memainkan peranan dalam menangani perkara tersebut. Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan selamat bertugas kepada semua guru.