Wednesday, March 28, 2012

SKPL Ke Separuh Akhir

28 Mac 2012, pasukan bola sepak SKPL telah layak ke pusingan separuh akhir Peringkat Zon Jerteh setelah berjaya menewaskan pasukan SK Alor Lintah 4-1 yang berlangsung di SK Pusat Jerteh. Pasukan SKPL akan bertemu pasukan SK Pusat Jerteh pada pusingan separuh akhir esok. Pasukan SKPL telah dibimbing oleh En Azmi Bin Sulaiman dan En Mohamad Zamri Bin Mahmud.

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012

24 Mac 2012, SKPL telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-35. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YB Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh, Adun Jerteh, turut hadir bersama Tn.Hj Che Johan B.Che Mat, selaku YDP PIBG SK Padang Luas dan PPPD Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Besut, Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof.