Friday, October 7, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform SKPL 2011

06 Oktober 2011, SKPL telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. Ia diadakan dalam kawasan SK Padang Luas, bermula 06-08 Oktober 2011 iaitu selama 3 hari. Ia melibatkan murid tahun 5, 6 dan murid PPKI di mana semuanya seramai 118 orang murid menyertai perkhemahan ini. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan SKPL. Majlis perasmian penutup akan disempurnakan oleh YDP PIBG SKPL iaitu Tn.Hj Che Johan B.Che Mat.