Wednesday, January 26, 2011

Sambutan Hari Lahir Guru Besar

26 Januari 2011, Sambutan hari lahir Guru Besar SKPL Ke-50 telah diadakan di bilik guru SKPL. Seluruh warga SKPL ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir , semoga murah rezeki dan panjang umur serta diberkati selalu kepada Guru Besar SK Padang Luas iaitu Mohd Zaik Bin Hussin.

Monday, January 24, 2011

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6

24 Januari 2011, Majlis Perjumpaan Ibubapa/Penjaga Tahun 6 dan Motivasi bersama Pegawai JPNT telah diadakan di Dewan SKPL. Majlis tersebut dihadiri bersama Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran  iaitu En. Mohamad Bin Ngah.

Tuesday, January 18, 2011

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas

16 Januari 2011, Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas SKPL 2011 telah diadakan di Dewan SKPL. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Balai Polis Jerteh, Besut iaitu Insp.Zuraidi  Bin Seman. Seramai 95 orang murid iaitu terdiri daripada 54 orang Pengawas Sekolah dan 41 orang Pengawas Perpustakaan telah menerima perlantikan tersebut.