Pada 16 Mei 2011, SK Padang Luas telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, pelbagai acara telah di pertandingkan seperti perlawanan F1, passing getah menggunakan straw dan Bola Tampar. Sambutan juga turut di meriahkan dengan kunjungan Tn.Hj Che Johan B.Che Mat selaku YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Luas.
Wednesday, May 18, 2011
Thursday, May 12, 2011
Kem Bestari Solat
Pada 11 Mei 2011, Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1,2 & 3. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini telah dilaksanakan di surau SKPL. Objektif utama kem tersebut adalah untuk memastikan murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk dengan sempurna.
Selain itu, murid dapat mengetahui cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan, serta bacaan dalam solat betul dan lancar. Murid juga dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah. Diharap perlaksanaan kem tersebut akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah...