Thursday, February 27, 2014

Program Merentas Desa SKPL 2014

27 Februari 2014, Satu program merentas desa telah diadakan di SKPL, program tersebut telah menjadi program tahunan di SKPL. Semua murid SKPL terlibat dalam menjayakan program tersebut, program tersebut di lepaskan oleh Guru Besar SKPL iaitu En.Mohd Zaik Bin Hussin. Tahniah diucapkan kepada murid yang berjaya.

Thursday, February 6, 2014

Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

4 Februari 2014, SKPL telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2014. Majlis bermula jam 10.00 pagi. Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di rasmikan oleh YB Tn. Haji Muhammad Pehimi Bin Yusof selaku Pengerusi Jk. Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Tn.Hj Che Johan B.Che Mat selaku YDP PIBG SK Padang Luas, Tn. Haji Wan Mohamad Bin Wan Ahmad, Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Besut, dan En. Mohd Appandi Bin Said selaku wakil dari PPD Besut bagi menjayakan majlis tersebut.