Sunday, October 27, 2013

Lawatan SKPL 2013

24 Oktober 2013, SKPL telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka bagi Pelajar Tahun 6. Lawatan tersebut disertai seramai 35 orang murid dan 6 orang guru pengiring termasuk Guru Besar SKPL iaitu En. Mohd Zaik Bin Hussin turut menyertai lawatan tersebut. Antara tempat yang dikunjungi ialah Zoo Melaka, Menara Taming Sari, Sekitar Bandar Hilir Melaka, Menara KLCC, I-City dan Muzium TUDM Sg.Besi.