Wednesday, August 28, 2013

Program Rehat Minda

27 Ogos 2013, murid-murid Tahun 6 SKPL seramai 112 orang dan guru Tahun 6 seramai 15 orang telah mengadakan aktiviti Program Rehat Minda. Mereka telah berkonvoi dengan menaiki basikal beramai-ramai ke Sungai Pelagat. Mereka telah di iringi oleh Polis Diraja Malaysia, Pasukan RELA dan Anggota Jabatan Pertahanan Awam. 

Mereka bertolak pada jam 12 tengahari dan pulang ke sekolah pada jam 3 petang. Aktiviti ini di adakan bertujuan untuk merehatkan minda pelajar seketika daripada kesibukan belajar. Rombongan ini di ketuai oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn.Wan Surina bt Wan Ahmad manakala Kem Komandanya ialah Encik Zamri B Mahmud. Program ini telah berjaya mencapai matlamat untuk merehatkan minda pelajar.

Friday, August 23, 2013

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2013

18 Ogos 2013, SKPL telah mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Ia diadakan di Dewan SKPL bermula jam 8.00-12.00 tengahari. Majlis tersebut merupakan majlis tahunan SKPL bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Thursday, August 8, 2013

Majlis Restu Ilmu UPSR 2013

08 Ogos 2013, SKPL telah mengadakan majlis Restu Ilmu UPSR 2013 semperna menghadapi peperiksaan UPSR . Majlis restu ilmu di adakan bagi meminta restu segala ilmu yang telah di curahkan oleh para guru kepada murid-murid SKPL agar mendapat keberkatan dalam menjawab peperiksaan UPSR. Objektif majlis di adakan adalah untuk menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada guru dan pihak sekolah.

Monday, August 5, 2013

Majlis Bermaaf Maafan Aidilfitri

05 Ogos 2013, SKPL telah mengadakan majlis bermaaf maafan semperna Hari Raya Aidilfitri. Majlis tersebut diadakan di dewan SKPL bermula jam 9.30. Majlis tersebut merupakan majlis tahunan SKPL bagi mengeratkan lagi silatulrahim diantara warga SKPL. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.