Sunday, July 14, 2013

Program Ihya' Ramadhan

14 Julai 2013, SKPL telah mengadakan Program Ihya' Ramadhan 2013, program tersebut merupakan satu program yang penting untuk mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak. Objektif program tersebut adalah untuk memastikan setiap murid Islam mendalami ibadah puasa Ramadhan dengan sebaiknya berlandaskan amalan sebenar, menunjukkan betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah pada bulan yang mulia ini.

Sebagai tanda kesyukuran dan mengingati bulan tersebut, sekolah ini telah mengambil inisiatif di bawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam untuk mengadakan Program Ihya' Ramadhan peringkat sekolah. Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu murid dalam merealisasikan kehidupan sebagai umat Islam yang sebenarnya dan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.