Monday, March 18, 2013

Kem Bestari Solat

12 Mac 2013, Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1-5. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini telah dilaksanakan di surau SKPL. Objektif utama kem tersebut adalah untuk memastikan murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk dengan sempurna.

Selain itu, murid dapat mengetahui cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan, serta bacaan dalam solat betul dan lancar. Murid juga dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara individu atau berjamaah. Diharap perlaksanaan kem tersebut akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah...

Sunday, March 10, 2013

Hari Bahasa Arab SKPL

04 Mac 2013, Satu program Hari Bahasa Arab telah diadakan di Dewan Terbuka SKPL, program tersebut dirasmikan oleh Guru Besar SKPL iaitu En.Mohd Zaik Bin Hussin. Objektif utama program tersebut adalah untuk memantapkan penguasaan Bahasa Arab dikalangan guru-guru dan murid-murid, selain itu dapat memupuk sikap berani untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan menymai sifat cintakan Bahasa Arab kerana Bahasa Arab adalah Bahasa Al-Quran.