Sunday, September 23, 2012

Kempen Kibar Jalur Gemilang

20 September 2012, SKPL telah mengadakan Kempen Kibar Jalur Gemilang, kempen tersebut diadakan di padang SKPL oleh murid-murid tahun 6, objektif kempen tersebut adalah untuk menghuraikan rasa bangga dan cinta akan negara. Program tersebut dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat patriotik dan semangat berbangga dengan identiti negara.

Wednesday, September 19, 2012

Program Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah 2012

18 September 2012, SKPL telah mengadakan Program Bulan Patriotisme Peringkat Sekolah 2012, program tersebut diadakan di dewan SKPL, objektif program tersebut adalah untuk menghuraikan rasa bangga dan cinta akan negara, selain itu dapat mengamalkan daya saing yang positif melalui penglibatan dalam pertandingan. Program tersebut dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat patriotik dan semangat berbangga dengan identiti negara. Antara aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Melukis Peta Malaysia, Kuiz dan Nyanyian Lagu Patriotik. Program tersebut dianjurkan oleh Kelab dan Persatuan SK Padang Luas.

Saturday, September 1, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2012

26 Ogos 2012, SKPL telah mengadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Ia diadakan di Dataran Warisan SKPL bermula jam 8.00-12.00 tengahari. Majlis tersebut merupakan majlis tahunan SKPL bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.