Sunday, July 15, 2012

Perkhemahan Unit Ko-Kurikulum 2012

12-14 Julai 2012, SKPL telah mengadakan Perkhemahan Unit Ko-Kurikulum peringkat sekolah. Ia diadakan di Pusat Pendidikan Biodiversiti, Jabatan Perhilitan Terengganu, Bukit Marak, Besut. Ia melibatkan murid tahun 4 & 5. Pada tahun ini murid-murid di kehendaki berbasikal dari SKPL ke Pusat Pendidikan tersebut. Pelaksanaan program seumpama ini adalah juga merupakan salah satu kaedah untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang cemerlang dan jati diri yang tinggi dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang sedemikian, seseorang haruslah berkeupayaan dan berkemampuan bertindak secara rasional serta bijaksana dalam menghadapi apa jua situasi. Terima Kasih kepada semua yang terlibat. 

Monday, July 2, 2012

Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKPL Ke-23

1 Julai 2012, SK Padang Luas telah mengadakan Kejohanan Olahraga & Sukaneka SKPL Ke-23, pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Acara Balapan, Acara Padang dan Sukaneka. Pada tahun ini, juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Kuning manakala naib juara Rumah Merah. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. Majlis penutup di rasmikan oleh Tn.Hj Che Johan Bin Che Mat selaku YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Luas.