Wednesday, November 16, 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SKPL 2011

15 November 2011, SKPL telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan, Graduasi Pra Sekolah SKPL 2011. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn.Hj Che Johan B.Che Mat, selaku YDP PIBG SK Padang Luas. Anugerah yang disampaikan terdiri daripada Anugerah Kecemerlangan, Anugerah Pra, Anugerah PPKI, Tahap 1 & 2,  Anugerah KAFA,  Anugerah Pelajar Harapan Tahun 5, Olahragawan dan Olahragawati, dan Tokoh Murid. Majilis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Bayaran Bantuan Awal Persekolahan

14 November 2011, SKPL telah mengadakan Majlis Bayaran Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2012. Majlis dimulakan bermula jam 10.30 pagi. Majlis tersebut disempurnakan oleh Tn.Hj Che Johan B.Che Mat selaku YDP PIBG SK Padang Luas. Turut hadir, Pengerusi Belia Daerah Besut iaitu En.Azizul B. Mohamad bagi menjayakan majlis tersebut.

Tuesday, November 8, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Idul Adha 2011

08 November 2011, SKPL telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idul Adha peringkat sekolah. Ia dimulakan bermula jam 7.30-1.00 tengahari. Upacara sambutan disertakan dengan laungan takbir  oleh semua pelajar yang di ketuai oleh Ustaz Wan Mohd Nadzir bagi  mengisi  masa sementara jamuan di sediakan. Majlis Sambutan Hari Raya Idul Adha diakhiri dengan jamuan makan yang diadakan di Kantin SKPL.  Diharapkan Sambutan Hari Raya Idul Adha ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya supaya menjadi satu tradisi kepada semua warga kerja SKPL.