Tuesday, July 19, 2011

Program Ambang Ramadhan

Program Ambang Ramadhan akan diadakan di SKPL pada 21 Julai 2011, program tersebut bagi memberi pendedahan kepada murid-murid bahawa bulan Ramadhan merupakan penghulu bagi segala bulan dan menunjukkan betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada Allah pada bulan yang mulia itu.

Objektif program tersebut adalah untuk mendidik dan memberi pendedahan kepada murid supaya bersikap pemurah dan suka bersedekah, bersabar menerima dugaan Allah SWT, mengamalkan sekap rendah diri, dan berlumba-lumba mengerjakan ibadat kepada Allah SWT. 

Kem Bestari Solat

18 Julai 2011, Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 4 & 5. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini telah dilaksanakan di surau SKPL. Objektif utama kem tersebut adalah untuk memastikan murid dapat mengetahui cara-cara berwuduk dengan sempurna.

Selain itu, murid dapat mengetahui cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan, serta bacaan dalam solat betul dan lancar. Murid juga dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah. Murid dapat mengetahui niat dan cara-cara bertayamum. Diharap perlaksanaan kem tersebut akan memberi kesan kepada murid-murid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu Ain yang diperintahkan oleh ALLAH S.W.T. InsyaAllah...

Tuesday, July 5, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan

2 Julai 2011, Selaras dengan konsep “Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia", pihak sekolah telah melaksanakan larian 1 Murid 1 Sukan yang melibatkan seramai 282 orang murid terdiri dari murid tahap 2, guru dan staf SKPL. Acara dimulakan jam 8.00 pagi dengan acara senamrobik. Murid dilepaskan oleh Guru Besar SK Padang Luas iaitu En. Mohd Zaik Bin Hussin. Selesai larian, pihak sekolah turut mengadakan gotong royong membersih kawasan sekolah. Terima Kasih kepada semua yang terlibat pada hari tersebut.