Monday, November 15, 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan SKPL 2010

Pada 15 November 2010, SKPL telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Pra Sekolah SKPL 2010. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh TN.HJ CHE JOHAN B.CHE MAT, selaku YDP PIBG SK Padang Luas. Anugerah yang disampaikan terdiri daripada Anugerah Kecemerlangan, Anugerah Pra, Anugerah PPKI, Tahap 1&2, Anugerah Nilam, Anugerah KAFA, Anugerah UPKK, Anugerah Pelajar Harapan Tahun 5, Olahragawan dan Olahragawati, dan Tokoh Murid. Pelbagai persembahan turut dipersembahkan bagi menjayakan majlis tersebut seperti persembahan Zikir Munajat dan Dikir Barat. Majilis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan.

Sunday, November 14, 2010

Seramai 41 Orang 5A UPSR 2010

Tahniah kepada semua pelajar SKPL yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010, seramai 41 orang Pelajar mendapat 5A dalam UPSR 2010. Majlis penyerahan keputusan juga telah disempurnakan dengan kehadiran TN.HJ CHE JOHAN B.CHE MAT, selaku YDP PIBG SK Padang Luas. Sekalung tahniah diucapkan buat semua barisan pentadbiran SK Padang Luas dan guru-guru SK Padang Luas terutama guru-guru Tahun 6 yang banyak bertungkus lumus mengajar sehingga membuahkan hasil yang begitu cemerlang. Tahniah diucapkan....

Wednesday, November 10, 2010

Karnival Bola Sepak Bawah 11 Tahun

9 Nov-11 Nov 2010, SKPL telah menjadi tuan rumah Karnival Bola Sepak 7 Sepasukan bawah 11 Tahun 2010 Majlis Sukan Sekolah Daerah Besut, sebanyak 15 pasukan bertanding dalam pertandingan kali ini. Pasukan SKPL telah dibimbing oleh En.Norazly Bin Suhaimi dan En.Azmi Bin Sulaiman. 

Monday, November 1, 2010

Lawatan Sambil Belajar SKPL

Pada 26 Oktober 2010, SKPL telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka bagi Pelajar Tahun 6. Lawatan tersebut disertai seramai 33 orang murid terdiri daripada 15 lelaki dan 18 perempuan, lawatan ini disertai 7 orang guru pengiring. Antara tempat yang dikunjungi ialah Menara KLCC,Muzium,Planetarium Negara, dan Sogo. Manakala di Melaka pula tempat yang menjadi pilihan ialah Bandar Hilir Melaka, Menara Taming Sari dan Zoo Melaka.