Friday, October 15, 2010

Pertandingan Bercerita BM dan BI

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan bermula pada 1 Oktober hingga 31 Oktober, Persatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SKPL telah menganjurkan satu pertandingan bercerita Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pertandingan terbuka kepada semua pelajar iaitu dari kelas PRA, PPKI, dan Tahun 1 hingga 6. Acara kemuncak akan di pertandingkan pada hari khamis 21/10/2010 di Dewan Terbuka SKPL. Marilah sama-sama kita memeriahkan pertandingan tersebut.

Tuesday, October 12, 2010

Pertandingan Kereta Kawalan Jauh

Pada 3 Obtober 2010, SKPL telah mengadakan satu pertandingan kereta kawalan jauh, pertandingan tersebut merupakan salah satu Program Pasca UPSR bagi pelajar tahun 6. Seramai 6 orang peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut bertempat di dewan SKPL, tahniah kepada Muhamad Nasri Nasrullah Bin Ismail dari 6 Amanah yang telah menjadi juara, dan kedua Muhalim Bin Mat Hussin juga dari 6 Amanah.

Sunday, October 10, 2010

Lawatan Sambil Belajar PPKI

Pada 28 September 2010, SKPL telah mengadakan tentatif lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur bagi Pelajar Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI). Lawatan tersebut disertai seramai 20 orang murid, 18 orang Ibubapa/Waris dan 6 orang Guru/PPM. Antara tempat yang dikunjungi ialah Bandar Hilir Melaka, Zoo Melaka, Menara KLCC, Planetarium Negara, dan Midvalley. Lawatan kali ini menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu di Tanah Merah, Kelantan untuk perjalanan pergi dan balik ke Melaka dan Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan kepada semua guru, pelajar serta ibubapa yang terlibat bagi menjayakan lawatan kali ini.   

Program Pasca Upsr 2010

Berakhir sudah peperiksaan UPSR bagi pelajar tahun 6, bagi mengisi kekosongan masa para pelajar tahun 6, SKPL telah melaksanakan satu program bagi para pelajar tahun 6  iaitu Program Pasca Upsr 2010. Program ini bermula pada 27 September lalu sehingga akhir persekolahan bagi tahun ini. Pelbagai program yang telah di adakan dan akan di adakan di SKPL seperti Pertandingan Permainan, Program Membaca Nilam, Ceramah, Lawatan, Mural, Projek Kolam dan pelbagai lagi.