Monday, August 23, 2010

Perkhemahan Mega PPKI Daerah Besut

Pada 2 hingga 4 Ogos 2010, pelajar PPKI SKPL telah menyertai Perkhemahan Mega PPKI Daerah Besut. Seramai 6 prang pelajar PPKI SKPL yang terlibat dalam perkhemahan ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan seperti flying fox, membina istana pasir, jungle tracking, kraftangan, dan lain-lain lagi.

Bumi Hijau

Program ini berjalan bermula bulan Feb 2010 dengan penglibatan semua pelajar PPKI seramai 29 orang, 6 orang guru dan 3 orang PPM. Tanaman yang diusahakan terdiri daripada Kangkung, Bendi, Cili, Sawi, dan Jagung. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Perkarangan Kelas PPKI SKPL.

Sunday, August 22, 2010

Hidroterapi PPKI

21 Julai 2010, pelajar PPKI SKPL telah menyertai Terapi Air Daerah Besut yang telah dilaksanakan dengan jayanya di Hadapan Menara JPA, Bukit Keluang. Peserta yang terlibat terdiri daripada 9 orang pelajar, 2 guru dan seorang PPM.

Tuesday, August 10, 2010

Kem Bestari Solat

18 Ogos 2010, Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 4 dan 5. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Aktiviti ini telah dilaksanakan secara intensif di surau SKPL.

Monday, August 9, 2010

Sentuhan Terakhir JPNT

Pada 9 Ogos 2010, SKPL sangat bertuah kerana Encik Mat Zulddin iaitu Penolong Pegawai Bahagian Matematik JPNT telah sudi meluangkan masa untuk memberikan semangat dan kata-kata peransang kepada calon-calon UPSR SKPL. Semoga kunjungan beliau itu membawa seribu satu makna kepada semua warga  SKPL khususnya calon-calon yang akan menduduki UPSR.


Sunday, August 8, 2010

Karnival Softball SKPL

Pada 4 hingga 5 Ogos 2010, SK Padang Luas telah mengadakan satu program Unit Kokurikulum SKPL iaitu Karnival Softball SKPL, karnival softball tersebut dapat memberi pendedahan dan kemahiran serta memperkembangkan bakat sedia ada kepada murid. Terima Kasih kepada semua yang terlibat.