Sunday, April 25, 2010

Latihan Kebakaran SKPL 2010



Sabtu,24 April 2010, SK Padang Luas telah mengadakan latihan kebakaran yang bertempat di padang SK Padang Luas. Terima Kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak Bomba yang banyak memberi tunjuk ajar dan demonstrasi cara memadam kebakaran..

Friday, April 9, 2010

Perlawanan Bola Tampar



Pada 5 hingga 7 April 2010, SK Padang Luas telah menjadi tuan rumah bagi Perlawanan Bola Tampar Peringkat Zon Jerteh Bawah 12 Tahun. Terima kasih di atas segala sokongan bagi menjayakan perlawanan ini.. Tahniah kepada sekolah yang berjaya!!

Bola Tampar Lelaki
Johan- Sk Pelagat
Naib Johan- Sk Tok Raja

Bola Tampar Perempuan
Johan- Sk Tanah Merah
Naib Johan- Sk Bukit Kenak

Tuesday, April 6, 2010

Terima Kasih Atas Kunjungan Anda








Assalamualaikum..Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa pelajar sekalian ke laman ini. Laman ini diwujudkan untuk memberi informasi termudah secara online kepada masyarakat umum tentang perkembangan terkini sekolah. Memandangkan kurangnya masa yang terluang di kalangan ibu bapa untuk hadir ke sekolah, maka Biro IT telah mewujudkan satu laman web supaya pelbagai informasi berkenaan sekolah ini boleh dipamerkan secara khusus di internet. Semoga SK Padang Luas akan Cemerlang,Gemilang dan Terbilang